Sunday, April 26, 2009

CERMIN-CERMINKANLAH DIRI ANDA

Saudara/Saudari,

Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi :

“Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”.

Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya.


1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur

Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak.


2. Kalau dia seorang pemimpin dai bersikap kasar

Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan drpd meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.


3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang

Dia akn merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yg dia rasakan m’pu utk m’jawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bhgn lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yg tidak ego akan b’khidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dpt mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat.



4. Kalau dia pemgikut susah hendak ikut cakap

Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia t’paksa m’buat kerja krn rela paksa ttp bkn ikhlas krn Allah.


5. Mudah marah

Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.


6. Mudah tersinggung

Didlm sifat org yg pemarah itu, dia jg m’punyai sifat yg t’lalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik drpdnya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta org pujuklah tu.


7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol

Dlm berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yg lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah utk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh oranr lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dlm sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain.


8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain

Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.


9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.


10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya org nampak bhw dia banyak m’beri p’dapat dan pandangan di dlm majlis itu.


11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima

Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerimapendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.


12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain

Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu t’cetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu m’dpt pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.


13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi

Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula.


14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya

Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar m’p’kenalkan tentang dirinya atau bhgn yg dipegangnya drpd m’perkenalkan ketuanya atau kumpulannya.


15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang

Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.


PEMIMPIN KERAS, TEGAS DAN LEMAH LEMBUT SEMATA-MATA KERANA ALLAH


Saidina Umar R.A, khalifah yang kedua pernah berpidato ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam. Di antara kata-katanya ialah :


Alhamdulillah,

Aku diuji oleh Allah sbg pemimpin anda sekelian dan anda pun diuji Allah di bawah kepimpinanku. Sesungguhnya jawatan adlah cadaran. Jawatan adalah tempat ujian yg dtg bertubi-tubi. Wahai kaum muslimin ! Aku ini hanya salah seorg di kalangan kamu. Ya Allah ! Aku ini kasar berilah aku sifat lemah lembut, aku ini lemah maka berikanlah aku kekuatan. Aku dgn rakyat banyak takut dgn sifat kekerasan dan kekasaranku. Waktu aku b’sama Rasullulah, akulah yg m’jd pelayan dan hambanya, tidak ada seorg manusia yg dpt menyamai sifat lemah lembut dan kasih sayangnya t’hdp kaum muslimin. Kemudian aku memegang urusanmu. Wahai kaum muslimin ! ketahuilah bhw kekesaranku telah b’lipat kali ganda, ttp ia hanya akan ku gunakan t’hdp org-org yg suka kedamaian, jujur dan patuh maka aku akn b’sifat lemah lembut t’hdp mrk. Aku tidak akn m’biarkan sehingga b’lakunya seseorg mengenainya atau menyakiti orang lain. Aku akan letakkan pipinya ke tanah sehingga dia tunduk kepada kebesaran dan bersifat baik

Read more...

Saturday, April 25, 2009

Alamat Kematian

http://bin-sahak.blogspot.com

Soalan dari email:salam ustaz..

saya ingin bertanya..
sejauh manakah kebenaran mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan oleh sesetengah orang melalui emel dan sebagainya? ada juga dinyatakan dalam majalah wanita baru-baru ini? adakah ini benar-benar betul?seperti yang dinyatakan tanda 100 hari sblm meninggal adalah rasa seluruh badan speerti bergegar..40 hari sebelum pusat terasa berdenyut-denyut, 7 hari sebelum tengah dahi akan terasa berdenyut-denyut dan seterunya hinggalah sehari sebelum meninggal..

adakah ini benar?atau jika tidak benar,apakah hukumnya jika seseorang mempercayainya?adakah berdosa?
sekian..wassalam..

Jawapan:

Saya mencari maklumat yang dimaksudkan dari enjin carian google, lalu saya mendapati sememangnya ada artikel yang ditulis tentang tanda-tanda yang akan dialami oleh orang Islam apabila ajalnya hampir sampai. Artikel ini antaranya boleh didapati di sini: http://tranungkite.net/teladan/teladan266.htm

Artikel tersebut mendakwa kononnya seseorang muslim akan dapat merasai tanda-tanda sebelum kematian bermula pada hari yang ke 100 sebelum kematian, 40 hari, 7 hari, 3 hari, sehinggalah 1 hari sebelum ajal seseorang muslim itu datang, bahkan beberapa detik sebelum ajalnya datang juga dia akan dapati tandanya. Ini bermakna orang muslim akan mengetahu bilakah dia akan menemui ajalnya.

Dakwaan artikel ini jelas menyanggahi kefahaman yang sahih, dan sebahagian maklumat yang dinyatakannya juga jelas mengandungi kesalahan dan kekeliruan. Kekeliruan yang saya maksudkan ialah apabila sipenulis mendakwa abang kepada al-Imam al-Ghazali R.H. ialah al-Imam Ahmad bin Hambal… bagaimana dakwaan ini boleh berlaku?

Abang kepada al-Imam al-Ghazali sebenarnya bukanlah Imam Ahmad bin Hambal, akan tetapi namanya ialah Abu al-Fattah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusiy yang mendapat gelaran Majd al-Din. Imam Ahmad bin Hambal pula ialah pemuka mazhab Hambali yang hidup beratus-ratus tahun sebelum kelahiran al-Imam al-Ghazali. Al-Imam Ahmad R.H. meninggal pada tahun 241H, manakala al-Imam al-Ghazali R.H. pula lahir pada 450H dan meninggal pada 505H. ini bermakna al-Imam al-Ghazali tidak lahir melainkan setelah lebih 2 ratus tahun kewafatan al-Imam Ahmad bin Hambal. Selain itu bapa mereka juga tidak sama namanya di mana Imam Ahmad berbinkan Hambal sedangkan Imam al-Ghazali berbinkan Muhammad.

Sebenarnya persoalan bila, dimana dan bagaimana kematian berlaku ke atas diri setiap individu muslim adalah termasuk perkara ghaib yang hanya ada di dalam pengetahuan Allah S.W.T. sahaja. Di dalam al-Quran Allah S.W.T. berfirman:


إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allahlah pengetahuan tentang hari kiamat, Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dan hanya Dialah (Allah) yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorangpun yang akan dapat mengetahui secara pasti apakah akan dia usahakannya esok, dan tidak ada seorangpun yang akan mengetahui dibumi manakah dia akan mati, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” (Luqman: 34)

Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “…(sesuatu jiwa tidak dapat mengetahui apakah) dinegeri tinggalnya atau dinegeri lain dia akan mati, tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui perkara itu…”
Cuma Allah S.W.T. hanya mendatangkan tanda-tanda yang umum sebagai peringatan dan sebagai sunnatullah seperti sakit dan tua atau yang seumpamanya. Namun tanda-tanda ini tidak semestinya disusuli dengan kematian. Berapa ramai yang mengalami sakit yang teruk, setiap org yang menziarahinya menyangka dia akan mati, tetapi dia disembuhkan oleh Allah semula.

Lalu bagaimana pula penulis artikel tersebut boleh mendakwa setiap muslim akan mendapat tanda sehingga beberapa ketika sebelum kematiannya??? Ini bermakna mereka tahu waktu dan tempat mati mereka, ini jelas bertentangan dengan ayat al-Quran di atas.

Kepada orang yang telah mempercayai artikel tersebut, kita nasihatkan supaya dia meninggalkan kepercayaannya itu… wallahu a’lam.

Read more...

Saturday, April 11, 2009

KURSUS IMAM & BILAL (KIB)

JAPIM Dengan kerjasama Biro Agama dan Pendidikan akan menganjurkan KIB. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 hingga 9 Mei 2009
Hari : Khamis hingga Sabtu
Tempat: Merang, Terengganu
Peserta: Terbuka kepada semua guru pelatih lelaki yang menuntut di IPGM Kampus Sultan Mizan
Bayaran: Percuma

Tempat hanya untuk 40 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat! (rugi kalau lambat).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom ke KIB!!!

  • Kepada sesiapa yang berminat boleh berbuat demikian dengan menaip daftar KIB(jarak)Nama(jarak)No. IC(jarak)Unit dan hantar ke 017-4270256 @ 013-4715262.
  • Atau, terus berjumpa dengan saudara Nabil Fikri bin Hairi PISMP Sem 3 PKS 1 @ Mohd. Fazli bin Che Lah PISMK OUM KS.

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Makanlah Dengan Tangan Kanan

al-qayyim.net
Written by admin
Tuesday, 07 April 2009

Bro Nawi

Makan dengan tangan kanan adalah merupakan salah satu adab dalam makan dan minum yang mungkin ada sebahagian dari kita masih tidak mengetahuinya. Begitulah hakikat hebatnya Islam, sehingga persoalan tatacara makan dan minum pun diajarkan, diterangkan dan ditekankan.

Maka, kita sebagai individu muslim yang berpegang teguh dengan agama, pasti kita akan bersungguh-sungguh dalam mengikuti setiap disiplin atau apa jua petunjuk yang dijelaskan sama ada bersumberkan dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah.

Dalam persoalan ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan pesanannya kepada kita dengan sabdanya (maksudnya),

“Apabila seseorang dari kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Asyrabah)

Saranan Rasulullah tersebut tetap sah (valid) dan tetap perlu dipraktikkan walaupun kita makan dengan menggunakan sudu, chopsticks, garfu, atau selainnya, iaitu dengan semuanya dipegang (atau dikawal) dengan menggunakan tangan kanan.

Maka, inilah dia sebaik-baik petunjuk dan contoh yang perlu kita usahakan untuk mengikutinya dan mempraktikkannya, iaitu petunjuk dari junjungan mulia kita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (mengingat) Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP