Wednesday, May 20, 2009

Kuliah Perubatan Islam

Assalamualaikum.. untuk makluman semua warga IPGM Kampus Sultan Mizan, kuliah perubatan Islam yang tertangguh lebih 3 bulan akan di sambung semula pada hari selasa nanti. Kuliah yang dijadualkan pada hari selasa lepas terpaksa dibatalkan kerana Tuan Haji Zulkifli ada urusan yang perlu dibuat. Pihak kami memohon maaf atas penangguhan tersebut. Dan kuliah perubatan Islam akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 26 Mei 2009

Hari : Selasa

Masa : Selepas solat maghrib

Tempat : Surau al-Firdaus


Semua warga IPGM KSM dijemput hadir untuk meneguk sedikit ilmu demi kepentingan kita bersama.


Dan satu lagi makluman untuk pelajar yang mengikuti usrah bawah seliaan Kelab Rakan Masjid, satu perjumpaan khas bersama Tuan Haji Zulkifli akan di adakan pada petang selasa, iaitu sebelum kuliah perubatan Islam. Masa perjumpaan itu pada pukul 5.30 petang bertempat di dewan syarahan ibnu khaldun. Harap dapat kerjasama semua untuk menghadiri perjumpaan itu kerana adap amanat penting yang ingin disampaikan oleh pensyarah penasihat usrah.


Semoga kehidupan kita semua diredhai dan diberkati. Insya’allah..

Sekian, wasalam.

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ?

www.al-qayyim.net

Zaharuddin Abd Rahman

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

 

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar ? Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

 ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di dalam kubur. 
Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) : Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47  : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)


Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ


Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)


Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-

إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه


Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

 

 

Read more...

Monday, May 11, 2009

Takhrij Hadith: Menutup Kepala Bila Masuk Ke Tandas


www.al-qayyim.net

Maksudnya “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Lafaz hadith yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut;

كان إذا دخل المرفق لبس حذاءه وغطى رأسه

atau

إذا دخل الخلاء لبس حذاءه وغطى رأسه

Kedua-dua lafaz adalah dari Habib bin Soleh.

Hadith mursal yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra.

Kecacatan Hadith ialah di dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Abu Bakr bin Abi Maryam. Beliau adalah Abu Bakr bin Abdullah, seorang ahli Syam. Para pengkaji hadith menghukum beliau sebagai dha’if disebabkan oleh ikhtilat dalam hafalannya.

Antara yang menghukum beliau sebagai dha’if adalah Ibnu Hajar al-Haitsami dalam Majma’u al-Zawaa’id ketika memberikan komentar kepada beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Maryam.

Dalam kitab al-Jarhu wa al-Ta’dil, apabila Ibnu Abi Hatim menyoal bapanya (Abu Hatim) mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab sebagai dha’if. Juga dalam kitab yang sama, dinyatakan bahawa Yahya Ibn Ma’in turut disoal mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab bahawa dha’if hadith yang melalui jalannya. Manakala juga Abu Zur’ah, apabila disoal mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab “Dha’if al-hadith, munkar al-hadith”.

Al-‘Allamah al-Albani dalam Silsilah al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah menghukum hadith dengan lafaz yang pertama tadi sebagai dha’if, dengan mengatakan bahawa sanadnya adalah dha’if kerana di dalamnya terdapat Abu Bakr bin Abi Maryam.

Wallahua’lam.

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Tayangan Istimewa Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t
Satu tayangan istimewa akan diadakan sempena hari ibu.. Berikut dinyatakan butir-butir tayangan itu.. Semua warga IPGM KSM di jemput hadir..


Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP