Sunday, February 14, 2010

Hari Kekasih... indahnya... tetapi apakah di sebaliknya??? Jangan TERPEDAYA!


“I LOVE YOU MY HEART’…!” ucap seorang pemuda linkungan 25 tahun sambil kedua-dun tangan memengang setia sejambak mawar merah dan dihulurkan dengan pandangan yang kononnya penuh romantis buat si gadis di hadapannya yang berusia lingkungan 22 tahun pada setiap 14 febuari setiap tahun. Manakala si gadis menyambut kalimah cinta itu dengan hati yang berbunga riang lontaran ada insan yang bersikap romantis dengannya. Maka, pada malam itu SURE HEBOHLAH para syaitan laknatullah yang telah Berjaya menghiasi bunga-bunga cinta palsu dalam hati pemuda-pemudi, dimana yang HARAM dinampakkan HALAL. Astagfirullah!!!

Ya..itulah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan kekasih sedunia yang sudah terlarut dalam suasana pengaruh Athies dan Barat, Hari Kekasih atau biasa disebut dengan Valentine Day pada 14 Febuari. Pada hari itu, lelaki dan perempuan yang berkasihan atas tiket haram saling memberi hadiah, bunga-bunga, lilin, kad cinta dan berpakaian merah sebagai tanda cinta dan hati. Begitulah setiap tahun manusia akhir zaman ini, kehidupan mereka seolah-olah tidak memerlukan Tuhan sebagai perlindunagan, sumber rezeki, sumber penyembahan dan sumber kecintaan. Sedih dan pilu hati ini, apabila yang meraikannya dengan penuh yakin dan bangganya melafazkan madah berbunga cinta yang membuai jiwa pada hari valentine itu adalah pemuda-pemudi yang mengaku “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad PesuruhNYA…”! tetapi akhlak mereka tidak menggambarkan jati diri seorang Muslim bahkan mereka bangga beramal dengan budaya hidup Barat.

Valentine Day, berasal daripada perkataan Latin iaitu Valor yang bermaksud baik, jujur, bagus, yang dihormati dan layak. Sejarah kewujudan hari yang diagungkan oleh setiap pasangan kekasih ini berasal daripada kisah cinta seorang paderi yang bernama Valentine yang telah dipenjara dan telah jatuh cinta padangan pertama dengan seorang gadis yang melawatnya ketika didalam penjara. Sebelum kematiannya Saint Valentine telah mencoret warkah buat “first love nya” dan surat cinta itu diakhiri dengan kata-kata “ from your Valentine”, ungkapan yang sehingga hari ini ditulis diatas kad-kad yang bakal dilayangkan buat kekasih mereka pada hari Valentine. Meskipun kebenaran kisah lagenda ini diragui, namun bagi para pemuda yang hati dan minda mereka telah terasuh dengan budaya Barat, kisah cinta itulah dianggap sebagai simbol cinta sejati.


Duhai pemuda-pemudi Islam yang disayangi fillah, bersabarlah dan janganlah terpengaruh dengan apa yang dipraktikkan oleh pemuda Barat yang tidak menempatkan Allah di hati mereka. Sesungguhnya, junjungan tercinta umat Islam, Rasulullah SAW telah berjanji di dalam satu Hadith Syarif baginda yang mana ada tujuh golongan yang akan dinaungi pada hari yang tiada naungan selain naunganNYA antaranya ialah “dua orang pemuda yang bercinta atau berkasih-sayang kerana Allah Ta’ala”. Subhanallah! Duhai pemuda-pemudiku, lihatlah secara analoginya, Allah ta’ala sebenarnya telah menyediakan satu hari untuk hamba-hambaNYA yang mana mereka yang berkasih-sayang atas tiket halal keranaNYA bergembira dan melayan mereka itu dengan layanan first class. Aahhh!!! Apa lagi yang kalian mahukan.

Itulah hakikat sebenar hari istimewa buat insan yang berkasih-sayang lantaran layanan sebegitu istimewa yang diterima pada hari yang terhimpun segala kengerian yang maha dahsyat di mahkamah Allah kelak datangnya daripada Pencipta alam maya ini. Itulah Hari Kekasih buat Umat Islam.

Ayuh semua fikir-fikirkan…!!!

SAY NO & NEVER TO CELEBRATE VALENTINE'S DAY " JANGANLAH KAMU MENGIKUT APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUI TENTANGNYA . SESUNGGUHNYA PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN HATI SEMUANYA AKAN DIMINTA DIPERTANGGUNGJAWABKAN", [AL-ISRA' :36]


sumber: aku..dia dan sesuatu...

Read more...

Friday, February 5, 2010

Harap Maklum!

Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman semua pengunjung, buat masa ini blog ini dalam proses penambahbaikan. Kesulitan amat dikesali...

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP