Friday, July 9, 2010
Monday, May 31, 2010
Ceramah Buat Halwa Telinga di Surau Al-Firdaus...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dalam memberikan juadah ilmu buat semua terutamanya guru-guru pelatih IPG KSM, pihak Biro Agama dan Pendidikan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan diantara yang diadakan bagi setiap minggu adalah ceramah-ceramah yang berkaitan dengan usul Fiqh, Tassawwuf, Tauhid dan lain-lain lagi. Berikut adalah butiran program ceramah yang diadakan :
SETIAP SELASA : TASAWUF OLEH DR. ABDULLAH B. MOHAMMAD
SETIAP RABU : HADIS OLEH UZ. KAMIL

Thursday, December 10, 2009
Laporan Aktiviti Bulan Oktober & November
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, barulah diberi kesempatan untuk meng’update’ blog biro agama ini. Banyak aktiviti yang telah diadakan oleh jawatankuasa biro agama selepas majlis sambutan hari raya 2009 di surau al-Firdaus.
Antara aktiviti yang diadakan selepas majlis sambutan hari raya 2009 itu ialah kursus perkahwinan, gotong royong membersihkan surau dan juga solat hajat sempena peperiksaan akhir semesta dan juga sempena perpisahan dengan pelajar PISMK OUM.
Pada bulan okober yang lalu, surau al-Firdaus mengalami sedikit musibah apabila siling surau telah runtuh dan menyebabkan keadaan dalam surau ‘banjir’. Tapi Alhamdulillah tiada yang cedera semasa kejadian itu. Jadi gotong royong diadakan untuk membersihkan kawasan surau yang telah dilanda ‘banjir’ tersebut di samping memasang semula karpet surau.
Kursus perkahwinan pula telah diadakan pada 23 hingga 24 oktober. Kursus ini terbuka kepada semua warga guru pelatih IPGM Kampus Sultan Mizan. Alhamdulillah penyertaan menggalakan daripada warga guru pelatih. Kursus ini telah diadakan di dewan kulian al-kindi dan disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Agama Daerah Besut.
Majlis solat hajat sempena peperiksaan akhir semesta pula diadakan selepas solat isyak. Manakala majlis solat hajat dan bacaan yasin sempena perpisahann dengan pelajar PISMK OUM diadakan selepas solat maghrib. Dua majlis solat hajat ini diadakan pada hari berlainan. Alhamdulillah penyertaan daripada guru pelatih agak memberangsangkan.
Antara gambar aktiviti yang telah diadakan:
Monday, October 5, 2009
Sambutan Eidulfitri Biro Agama & Pendidikan
Bismillahirrahmaniarrahim…
Assamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini. Seminggu telah berlalu sejak berakhirnya cuti sempena menyambut eidulfitri. Dan pada minggu pertama selepas bercuti raya, biro agama & pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan telah mengadakan majlis sambutan hari raya eidulfitri untuk semua ahli biro agama, ahli kelab rakan masjid dan juga jemaah-jemaah yang datang ke surau pada majlis sambutan hari raya itu.
Majlis sambutan hari raya biro agama & pendidikan telah diadakan pada hari selasa lepas iaitu pada 29 september 2009. Majlis itu diadakan di sebelah malam bertempat di surau al-firdaus selepas solat isyak. Sebelum majlis bermula, semua jemaah/tetamu di jamu dengan hidangan tazkirah terlebih dahulu. Dan selepas itu, baharulah kami semua menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Dan juadah istimewa pada malam itu ialah satey.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan pada majlis sambutan hari raya:
Read more...
Wednesday, August 26, 2009
Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI) IPGM Kampus Sultan Mizan
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...
12 Ogos 2009 yang lalu telah berlangsungnya Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI) bagi IPGM Kampus Sultan Mizan. Alhamdulillah, malam kemuncak itu berlangsung dengan penuh jayanya. Kedatangan penonton ke malam kemuncak itu pun amat menggalakkan bagi memberikan sokongan serta menghidupkan malam kemuncak itu. Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh johan bagi pertandingan tilawah yang telah diadakan baru-baru ini sempena MPI. Selesai mendengar alunan suci ayat-ayat al-quran, majlis diteruskan dengan ucapan pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan yang telah dibacakan oleh timbalan pengarah iaitu Tuan Haji Zainudin b. Muhammad dan seterusnya merasmikan malam kemuncak Minggu Penghayatan Islam 2009. Selesai perasmian, upacara penyampain hadiah kepada pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang MPI di sempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPGM KSM di iringi oleh ketua jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Ustaz Aziz. Dalam pada masa yang sama cabutan untuk pengunjung bertuah juga telah dibuat. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh juara pertandingan nasyid iaitu kumpulan vir2voice yang merampas kembali gelaran juara dari batch semester 6. Untuk makluman, 2 orang ahli kumpulan nasyid vir2voice ini merupakan artis rakaman. Persembahan yang menghiburkan telah dipersembahkan kepada para hadirin. Majlis diteruskan lagi dengan penyampain hadiah dan juga cabutan bertuah. Seterusnya persembahan pentomin telah dipersembahkan kepada hadirin yang hadir. Selesai persembahan, majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diteruskan. Dan akhir sekali, tayangan multimedia sepanjang MPI telah dipertontonkan kepada hadirin. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 malam.
Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada malam kemuncak MPI:
Pengerusi KRM, Asyraf, ,memakaikan bunga kepada Timbalan Pengarah
Persembahan Nasyid oleh kumpulan Vir2Voice
Vir2voice beratur ingin menerima hadiah
Para AJK MPI bersama-sama menyanyikan lagu tema di atas pentas.
Thursday, August 6, 2009
MINGGU PENGHAYATAN ISLAM
Bismillahirrahmanirrahim,
Biro Agama dan Pendidikan IPSMB telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Penghayatan Islam bagi pengisian rohani setiap pelajar di samping mewujudkan kerjasama di antara mereka. Program tahun 2009 ini adalah kesinambungan kepada program tahun 2007 yang julung-julung kali diadakan setelah 2008 yang turut berlalu dengan jayanya. Pertandingan- pertandingan yang akan dianjurkan ini menghendaki semua peserta mempersembahkan persembahan mereka mengikut syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pelaksana. Penganjuran Minggu Penghayatan Islam ini mencerminkan imej IPSMB sebagai sebuah institusi yang sentiasa aktif menganjuran aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.
OBJEKTIF
1) Memupuk perpaduan, ukhwah dan jalinan kemesraan di antara pentadbir, pensyarah, pelajar dan semua warga IPSMB.
2) Melatih pelajar supaya memiliki kemahiran berpersatuan dan kemahiran mengendalikan sesuatu program.
3) Memperdalam dan memperluaskan ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.
4) Mencungkil bakat-bakat para pelajar yang jarang atau tidak pernah ditonjolkan.
MATLAMAT
Melahirkan insan guru yang soleh dan solehah dengan mentaati segala perintah Allah dan Rasul demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
ANJURAN
Biro Agama dan Pendidikan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid IPGKSM
HARAPAN
1. Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan jayanya dari awal hingga ke akhir penutup.
2. Untuk menjayakan lagi program ini, komitmen daripada semua pihak amat diperlukan dengan memberikan respon yang positif terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
3. Penghayatan tentang kebudayaan dan kesenian Islam perlu dirasai oleh semua warga IPGKAM agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
4. Pihak institut dapat menambah aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para pelajar.
5. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
PENUTUP
Sesungguhnya Minggu Penghayatan Islam yang akan dianjurkan ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar mengekalkan seni Islam yang indah. Di samping itu, pengisian aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dapat menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap pelajar.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh juga dapat dipelajari dengan lebih mendalam melalui aktiviti seperti kuiz, tilawah Al-Quran, hafazan dan forum. Tayangan yang akan ditayangkan juga adalah bercirikan hiburan dengan cerita-cerita berunsur pengajaran di samping mendatangkan keinsafan kepada para pelajar.
Melalui program ini juga, kebolehan dan keterampilan pelajar dapat diserlahkan melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di samping memiliki daya tahan fizikal yang tinggi dari segi fizikal, jasmani, rohani dan perkembangan sosial.
Diharapkan juga agar program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan para pelajar dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Perguruan Sultan Mizan.
Di samping itu juga, ianya memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baru untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk masa akan datang. Dengan kerjasama daripada semua pihak, maka Minggu Penghayatan Islam ini dapat diadakan dengan berkesan dan lancar sepertimana yang dirancang dan ditetapkan.






