Friday, July 9, 2010

MINGGU KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN ISLAM


 (Tekan untuk paparan penuh)

Ilmu yang di dasari asas kefahaman yang jelas serta penghayatan yang telus akan membuahkan amal yang bermanfaat. Maka dengan ini, Biro Agama dan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah mengambil inisiatif bagi mengadakan Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam untuk pengisian rohani pelajar kampus di samping mewujudkan kerjasama yang utuh antara mereka khususnya dan mempraktik amalan- amalan insan guru yang mulia umumnya sebagai bakal pendidik kelak.

Bulan kerohanian tahun 2010 yang bakal diadakan ini merupakan kesinambungan kepada Minggu Kebudayaan dan Penghayatan Islam pada tahun 2007 yang julung kali diadakan sehinggalah tahun-tahun berikutnya yang turut berlalu dengan jayanya. Amatlah diharap agar bulan tersebut bakal memberi kesan yang lebih mendalam terhadap pelajar dalam aspek pemupukan nilai murni yang lebih praktikal dalam kehidupan seharian sebagai guru pelatih. Penganjuran Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam ini juga bakal mencerminkan imej IPG KSM sebagai sebuah institusi guru yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.

OBJEKTIF

1)    Memupuk perpaduan, ukhwah dan jalinan kemesraan di antara pentadbir, pensyarah, pelajar dan semua warga IPG Kampus Sultan Mizan.
2)    Melatih pelajar supaya memiliki kemahiran berpersatuan dan kemahiran mengendalikan sesuatu program.
3)    Memperdalam dan memperluaskan ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.
4)    Mencungkil bakat-bakat para pelajar yang jarang atau tidak pernah ditonjolkan.

MATLAMAT

Mewujudkan suasana keislaman dalam kalangan guru pelatih melalui aktiviti yang berlandaskan syariat islam bagi melahirkan  insan guru yang soleh dan solehah.

ANJURAN

Biro Agama dan Pendidikan, Jawatankuasa Perwakilan Dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

TENTATIF PROGRAM

(Tekan untuk paparan penuh)


HARAPAN

1.      Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan jayanya dari awal hingga ke akhir penutup.
2.      Untuk menjayakan lagi program ini, komitmen daripada semua pihak amat diperlukan dengan memberikan respon yang positif terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
3.      Penghayatan tentang kebudayaan dan kesenian Islam perlu dirasai oleh semua warga IPG KSM agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
4.      Pihak institut dapat menambah aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para pelajar.
5.      Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

PENUTUP

Sesungguhnya Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam yang akan dianjurkan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar mengekalkan seni Islam yang indah di samping menerapkan nilai-nilai Islam itu sendiri dalam diri mereka melalui pengisian aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.
Selain itu, kebolehan dan keterampilan pelajar akan dapat dicungkil dan diserlah melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di sebalik empat aspek utama perkembangan individu iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan serta pengalaman sedia ada dalam pengalaman baru yang bakal diperoleh ini amat baik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran untuk persediaan pada masa akan datang.
Melalui kerjasama daripada semua pihak, maka Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam tahun ini diharap dapat diadakan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan  ditetapkan. Semoga program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan dalam seluruh kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. 




Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP