Monday, June 29, 2009

Lelaki Pemimpin Wanita

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideology persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurangnya kaum lelaki memainkan peranan yang berkesan sebagai ketua keluarga dalam memimpin ahli-ahli dalam keluarganya sendiri, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud "Lelaki menjadi penjaga bagi kaum wanita" dan "Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka..."

Read more...

Monday, June 22, 2009

Selamat Menghadapi Semester Baru

Bismillahirahmanirrahim… Alhamdulillah.. selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. kaum kerabat baginda, para sahabat, serta pejuang-pejuang agama Allah yang sentiasa berjuang menegakkan kalimah HAQ di muka bumi ini. Alhamdulillah..

Terlebih dahulu ana mewakili biro agama dan pendidikan ipgm kampus sultan mizan ingin mengucapkan selamat kembali ke IPGM masing-masing. Semester baru sudah bermula hari ahad lepas bagi ipgm kampus sultan mizan dan bagi ipgm yang berada di negeri selain Kelantan, Terengganu dan kedah, hari ini merupakan hari yang pertama semester baru. Rasanya masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan selamat kepada semua guru pelatih yang baru sahaja menginjakkan kaki ke semester baru. Semester lepas sudah berlalu pergi dan tinggal kenangan. Semester ini menanti kita untuk kita mencipta sejarah. Sejarah yang menceriakan mahupun sejarah yang mendukacitakan.

Untuk semester baru ini, mungkin ada diantara kita yang sudah menanamkan azam untuk menjadi yang lebih dari semester lepas. Alhamdulillah… untuk semester baru ini, marilah kita sama-sama merenung kembali dan muhasabah kembali diri kita ini. Apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas. Adakah banyak kebaikan atau keburukan yang telah kita lakukan? Berapa banyak amalan kebaikan yang kita lakukan berbanding kejahatan yang telah kita lakukan? Mungkin kita tidak sedar dan tak pernah terfikir pun fasal ni, namun bagi permulaan semester baru ini, marilah kita sama-sama kenang kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas. Kita renung-renungkan. Kita muhasabah diri kita. Jika amal buruk lebih banyak berbanding amal baik, jadi untuk permulaan semester baru ini marilah kita tanam azam untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Semoga kita sama-sama berlumba-lumba meningkatkan amal kebaikan kita di semester ini terutamanya apabila kita berada di dalam bulan ramdhan nanti. Biiznillah…

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

DAKWAH DAN TARBIYAH - WASILAH UTAMA DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.
Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:-
Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah (menyuruh) kepada ma’aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah’


Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat (‘Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra’ ad ayat 11, maksudnya”-
‘ Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.’
Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah ‘alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.’
Wassalam.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP