Laman blog ini adalah hak milik Biro Agama Dan Pendidikan IPG Kampus Sultan Mizan. Tujuan laman blog ini dibina adalah bertujuan untuk menghebahkan segala aktiviti biro kepada warga IPGM Kampus Sultan Mizan di samping menjalinkan ukhwah dengan biro-biro agama dari kampus-kampus IPGM seluruh Malaysia.
Jangan sesekali berputus asa pada dunia. Kerana pada dunia titian ke akhirat dibina. Tapi Jangan pula terlalu berharap pada dunia. Bilamana dunia itu sifatnya sementara. Ayuh kita sama-sama muhasabah diri, segala kekuatan yang ada teruskanlah dengan istiqamah lillahi..
Segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini. Seminggu telah berlalu sejak berakhirnya cuti sempena menyambut eidulfitri. Dan pada minggu pertama selepas bercuti raya, biro agama & pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan telah mengadakan majlis sambutan hari raya eidulfitri untuk semua ahli biro agama, ahli kelab rakan masjid dan juga jemaah-jemaah yang datang ke surau pada majlis sambutan hari raya itu.
Majlis sambutan hari raya biro agama & pendidikan telah diadakan pada hari selasa lepas iaitu pada 29 september 2009. Majlis itu diadakan di sebelah malam bertempat di surau al-firdaus selepas solat isyak. Sebelum majlis bermula, semua jemaah/tetamu di jamu dengan hidangan tazkirah terlebih dahulu. Dan selepas itu, baharulah kami semua menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Dan juadah istimewa pada malam itu ialah satey.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan pada majlis sambutan hari raya:
menyediakan juadah bagi majlis hari raya biro agama
buat ape tue?
amboi, sukanya dia.. kenapa suka ni? hehe
mendengar tazkirah sebelum majlis bermula
beratur mengambil makanan
beratur dulu bang, jgn potong Q..
sedapnya satey tue... inilah juadah istimewa pada majlis ini
muslimat tidak ketinggalan dalam menjayakan majlis sambutan hari raya ini
sempat lagi posing s/u biro ni, hehe..
sedang menjamu selera
alhamdulillah, selesai menimati makan sempat juga untuk berbual mesra
Semoga sambutan majlis hari raya ini memuaskan semua pihak. Semoga dengan adanya majlis ini dapat mengikat kukuh ukhwah sesama kita.
Majlis Iftar Jama'ei Perdana & Majlis Khatam Al-Quran
Peringkat IPGM Kampus Sultan Mizan
Pada 16 September 2009 (bersamaan 26 Ramadhan 1430H)
Tempat: Dewan Bendahara IPGM Kampus Sultan Mizan
Masa : 5.30 Petang
Selepas Iftar Semua Warga IPGM KSM dijemput menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau Al-Firdaus dan seterusnya menunaikan solat isyak dan solat sunat terawikh.
Semua Muslimin dan Muslimat Warga IPGM Kampus Sultan Mizan Diwajibkan Hadir Bagi Memeriahkan & Menghidupkan Lagi Majlis Berbuka Puasa Perdana & Majlis Khatam Al-Quran ini
Anjuran Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) Dengan Kerjasama JPP Biro Agama Dan Pendidikan IPGM KSM
Bismillahirahmanirahhim. Assalammualaikum wbt. "…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad
Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.
Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.
Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.
Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.
Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah: • Malam yang sepi, tenang dan bercahaya; • Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang; • Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh; • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."
Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.
12 Ogos 2009 yang lalu telah berlangsungnya Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI) bagi IPGM Kampus Sultan Mizan. Alhamdulillah, malam kemuncak itu berlangsung dengan penuh jayanya. Kedatangan penonton ke malam kemuncak itu pun amat menggalakkan bagi memberikan sokongan serta menghidupkan malam kemuncak itu. Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh johan bagi pertandingan tilawah yang telah diadakan baru-baru ini sempena MPI. Selesai mendengar alunan suci ayat-ayat al-quran, majlis diteruskan dengan ucapan pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan yang telah dibacakan oleh timbalan pengarah iaitu Tuan Haji Zainudin b. Muhammad dan seterusnya merasmikan malam kemuncak Minggu Penghayatan Islam 2009. Selesai perasmian, upacara penyampain hadiah kepada pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang MPI di sempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPGM KSM di iringi oleh ketua jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Ustaz Aziz. Dalam pada masa yang sama cabutan untuk pengunjung bertuah juga telah dibuat. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh juara pertandingan nasyid iaitu kumpulan vir2voice yang merampas kembali gelaran juara dari batch semester 6. Untuk makluman, 2 orang ahli kumpulan nasyid vir2voice ini merupakan artis rakaman. Persembahan yang menghiburkan telah dipersembahkan kepada para hadirin. Majlis diteruskan lagi dengan penyampain hadiah dan juga cabutan bertuah. Seterusnya persembahan pentomin telah dipersembahkan kepada hadirin yang hadir. Selesai persembahan, majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diteruskan. Dan akhir sekali, tayangan multimedia sepanjang MPI telah dipertontonkan kepada hadirin. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 malam.
Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada malam kemuncak MPI:
Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan
Pengerusi KRM, Asyraf, ,memakaikan bunga kepada Timbalan Pengarah
Tetamu VIP
Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Badrudin (johan tilawah)
Majlis dipengerusikan oleh 2 orang jejaka tampan, hehe
Persembahan Nasyid oleh kumpulan Vir2Voice
Para pelakon pentomin menunggu giliran untuk membuat persembahan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh TP
bagusnya.. anak sapa la ni, hehe
Johan pertamdingan hafazan lelaki menerima hadiah daripada TP
Vir2voice beratur ingin menerima hadiah
Tokoh MPI, (Mohamad Fazli Bin Che Lah) menerima ucapan tahniah daripada Exco Biro Agama & Pendidikan IPGM KSM
Antara penonton yang hadir memeriahkan malam kemuncak
Bersama-sama menyanyikan lagu tema MPI
Bukan Islam turut datang memberikan sokongan pada malam kemuncak MPI
Para AJK MPI bersama-sama menyanyikan lagu tema di atas pentas.