Monday, May 11, 2009

Takhrij Hadith: Menutup Kepala Bila Masuk Ke Tandas


www.al-qayyim.net

Maksudnya “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Lafaz hadith yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut;

كان إذا دخل المرفق لبس حذاءه وغطى رأسه

atau

إذا دخل الخلاء لبس حذاءه وغطى رأسه

Kedua-dua lafaz adalah dari Habib bin Soleh.

Hadith mursal yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra.

Kecacatan Hadith ialah di dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Abu Bakr bin Abi Maryam. Beliau adalah Abu Bakr bin Abdullah, seorang ahli Syam. Para pengkaji hadith menghukum beliau sebagai dha’if disebabkan oleh ikhtilat dalam hafalannya.

Antara yang menghukum beliau sebagai dha’if adalah Ibnu Hajar al-Haitsami dalam Majma’u al-Zawaa’id ketika memberikan komentar kepada beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Maryam.

Dalam kitab al-Jarhu wa al-Ta’dil, apabila Ibnu Abi Hatim menyoal bapanya (Abu Hatim) mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab sebagai dha’if. Juga dalam kitab yang sama, dinyatakan bahawa Yahya Ibn Ma’in turut disoal mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab bahawa dha’if hadith yang melalui jalannya. Manakala juga Abu Zur’ah, apabila disoal mengenai Abu Bakr bin Abi Maryam, beliau menjawab “Dha’if al-hadith, munkar al-hadith”.

Al-‘Allamah al-Albani dalam Silsilah al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah menghukum hadith dengan lafaz yang pertama tadi sebagai dha’if, dengan mengatakan bahawa sanadnya adalah dha’if kerana di dalamnya terdapat Abu Bakr bin Abi Maryam.

Wallahua’lam.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP