Monday, June 22, 2009

Selamat Menghadapi Semester Baru

Bismillahirahmanirrahim… Alhamdulillah.. selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. kaum kerabat baginda, para sahabat, serta pejuang-pejuang agama Allah yang sentiasa berjuang menegakkan kalimah HAQ di muka bumi ini. Alhamdulillah..

Terlebih dahulu ana mewakili biro agama dan pendidikan ipgm kampus sultan mizan ingin mengucapkan selamat kembali ke IPGM masing-masing. Semester baru sudah bermula hari ahad lepas bagi ipgm kampus sultan mizan dan bagi ipgm yang berada di negeri selain Kelantan, Terengganu dan kedah, hari ini merupakan hari yang pertama semester baru. Rasanya masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan selamat kepada semua guru pelatih yang baru sahaja menginjakkan kaki ke semester baru. Semester lepas sudah berlalu pergi dan tinggal kenangan. Semester ini menanti kita untuk kita mencipta sejarah. Sejarah yang menceriakan mahupun sejarah yang mendukacitakan.

Untuk semester baru ini, mungkin ada diantara kita yang sudah menanamkan azam untuk menjadi yang lebih dari semester lepas. Alhamdulillah… untuk semester baru ini, marilah kita sama-sama merenung kembali dan muhasabah kembali diri kita ini. Apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas. Adakah banyak kebaikan atau keburukan yang telah kita lakukan? Berapa banyak amalan kebaikan yang kita lakukan berbanding kejahatan yang telah kita lakukan? Mungkin kita tidak sedar dan tak pernah terfikir pun fasal ni, namun bagi permulaan semester baru ini, marilah kita sama-sama kenang kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas. Kita renung-renungkan. Kita muhasabah diri kita. Jika amal buruk lebih banyak berbanding amal baik, jadi untuk permulaan semester baru ini marilah kita tanam azam untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Semoga kita sama-sama berlumba-lumba meningkatkan amal kebaikan kita di semester ini terutamanya apabila kita berada di dalam bulan ramdhan nanti. Biiznillah…

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP