Wednesday, August 12, 2009

Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI)

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t..

Untuk makluman semua, malam ini akan diadakan Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI) di IPGM Kampus Sultan Mizan. Setelah seminggu berlangsungnya MPI ini dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan, jadi malam ini akan diadakan sambutan malam kemuncaknya. Pada malam ini, para pemenang untuk setiap pertandingan yang telah dijalankan akan diumumkan dan hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan iaitu Dr. Maznah Binti Abdul Samad.


Pada malam ini juga, akan diadakan satu persembahan drama/pentomin yang akan dipersembahkan oleh kelab teater IPGM Kampus Sultan Mizan. Kabanyakan barisan pelakonnya terdiri daripada pelajar-pelajar baru ambilan Julai 2009. Selain itu, tayangan multimedia sepanjang Minggu Penghayatan Islam akan dipersembahkan dan cabutan bertuah akan diadakan untuk pengunjung yang bertuah. Diharapkan semua warga kampus Sultan Mizan akan dapat memeriahkan lagi malam kemuncak ini. Kedatangan tuan puan, saudara saudari amat kami hargai.


Berikut adalah tentatif malam kemuncak MPI:


Semoga dengan berlangsungnya MPI ini akan memberikan makna Islam dalam kehidupan antum semua.

1 comments:

Anonymous,  October 16, 2009 at 9:37 PM  

Salam...saya sangat tertarik dengan perlaksanaan aktiviti yang dijalankan di IPGM anda....dari sambutan yang dilihat sangat menggalakkan...semoga dapat berkongsi bagaimana cara untuk membawa semua guru pelatih muslimin dan muslimat untuk memeriahkan setiap program seperti ini...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP